Wednesday, October 29, 2008

UTM




Dalam laman web Universiti Teknologi Malaysia ini (UTM), interface yang terdapat dalam laman ini kelihatan simple tetapi menarik. Namun, template yang digunakan tidak memenuhi ruangan. Akan tetapi, dalam web page di dalamnya, saiz template memenuhi ruang. Ini membuatkan satu kelainan yang terdapat dalam sesuatu laman web. Dalam laman web ini juga, banyak maklumat yang dimasukan menyebabkan, pengguna terutamanya pelajar dapat mengetahui perkara semasa yang berlaku di universiti mereka. Bagi pengguna yang berminat untuk memasuki universiti ini, mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui laman web ini. Disamping itu, mereka juga boleh berhubung dengan pihak universiti kerana dalam laman web ini disenaraikan maklumat pihak yang dapat berhubung dengan pengguna iaitu, no.tel, fax, alamat dan banyak lagi. Namun begitu, dalam laman web ini juga terdapat kekuranganya seperti penggunaan bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris sahaja. Ini menyebabkan pengguna yang kurang berkemahiran dalam bahasa Inggeris membuatkan pengguna berasa bosan dengan laman ini. Design pada laman web ini juga terlalu ringkas. Ia juga menyediakan “used commonly label” iaitu button search. Tetapi ia mempunyai kelemahan di mana button search akan mencari di dalam laman google. Tidak seperti laman web UMS yang membolehkan pengguna memilih samada hendak mencari dalam web google atau laman web itu.

Markah:4.35

No comments: