Wednesday, October 29, 2008

UMT



Simple tetapi padat. Itulah yang dapat digambarkan pada halaman depan laman web Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini. Penggunaan link dan kedudukan font yang tersusun dan teratur membuatkan pengunjung laman web UMT ini berminat untuk terus memasuki halaman lain. Banyak informasi yang sentiasa diperbaharui dalam laman web ini seperti berita-berita terbaru. Ini memudahkan pengguna terutamanya pelajar UMT untuk mengetahui maklumat terbaru dalam universiti mereka. Dalam laman ini juga, penggunaan dwibahasa digunakan iaitu bahasa english dan melayu. Pengguna boleh memilih bahasa yang dikehendakinya. Apa yang menarik dalam laman ini, terdapat link yang menghubungkan peta laman. Dalam halaman itu, terdapat peta kampus, sejarah ,misi dan visi dan banyak lagi. Design pada interface laman web ini tidak menarik. Boleh dikatakan tiada design untuk mencantikkan interface laman web ini. Seolah-olah tiada kreativiti di dalam web ini. Terlalu SIMPLE. Namun ia penuh dengan maklumat-maklumat terkini.

Markah:3.2

No comments: