Monday, October 20, 2008

UNIMAP

Laman web Universiti Malaysia Perlis ini menarik kerana dalam laman web ini, ia menggunakan 5 jenis bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa arab, bahasa Inggeris, bahasa cina dan bahasa thailand. Ini merupakan satu laman web yang pertama yang pernah saya lihat menggunakan 5 bahasa dalam satu laman web. Ia membuatkan pengguna boleh berinteraksi dengan laman web ini dengan mudah kerana mereka fahami isi kandungan yang terdapat dalam laman ini. Akan tetapi, masih banyak kelemahan yang terdapat dalam laman ini. Antaranya penggunaan font. Dalam laman ini, terdapat beberapa jenis font digunakan. Ia mungkin tidak bersesuaian kerana penggunaan font yang berlebihan akan membuatkan laman web itu tidak cantik dan sekaligus membuatkan pengunjung tidak tertarik untuk mengunjungi laman web ini. Disamping itu, penggunaan interface yang digunakan dalam laman web ini kelihatan kurang menarik. Susun atur yang terdapat dalam laman web ini kelihatan tidak tersusun. Ini akan menimbulkan kebosanan kepada pengguna. Syntax dan command yang digunakan juga tidak bersesuaian. Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui secara terperinci akan universiti ini, mereka boleh menghubungi beberapa talian yang dipaparkan di bawah halaman depan laman web universiti ini.http://www.unimap.edu.my

No comments: