Wednesday, October 29, 2008

UUM



Interface yang terdapat dalam laman web Universiti Utara Malaysia (UUM) ini kelihatan simple dan kurang menarik. Layout atau kedudukan font dan gambar yang terdapat dalam laman ini kelihatan tidak tersusun. Kedudukan gambar di tengah-tengah interface web menampakkan kecacatan di mana ianya tidak sesuai diletakkan di situ. Disamping itu, penggunaan link atau capaian ke page lain kelihatan menarik. Namun, apabila pengguna memasuki ruangan halaman lain, seperti halaman portal komuniti, pengguna diminta untuk memasukkan login dan password untuk meneruskan capaian. Interface ini juga menggunakan penggunaan background putih. Ini menampakan laman web ini kelihatan terang dan tidak menarik. User friendliness yang di gunakan dalam laman web UUM ini tidak begitu friendliness kerana ada sesetengah page diminta untuk memasukkan password. Walaubagaimanapun, penggunaan dwibahasa yang diamalkan dalam laman ini menyebabkan pengguna bebas memilih bahasa yang dikehendaki iaitu bahasa melayu dan inglish. Ia sesuai untuk semua pengguna.

Markah:4.0.

UTM




Dalam laman web Universiti Teknologi Malaysia ini (UTM), interface yang terdapat dalam laman ini kelihatan simple tetapi menarik. Namun, template yang digunakan tidak memenuhi ruangan. Akan tetapi, dalam web page di dalamnya, saiz template memenuhi ruang. Ini membuatkan satu kelainan yang terdapat dalam sesuatu laman web. Dalam laman web ini juga, banyak maklumat yang dimasukan menyebabkan, pengguna terutamanya pelajar dapat mengetahui perkara semasa yang berlaku di universiti mereka. Bagi pengguna yang berminat untuk memasuki universiti ini, mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui laman web ini. Disamping itu, mereka juga boleh berhubung dengan pihak universiti kerana dalam laman web ini disenaraikan maklumat pihak yang dapat berhubung dengan pengguna iaitu, no.tel, fax, alamat dan banyak lagi. Namun begitu, dalam laman web ini juga terdapat kekuranganya seperti penggunaan bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris sahaja. Ini menyebabkan pengguna yang kurang berkemahiran dalam bahasa Inggeris membuatkan pengguna berasa bosan dengan laman ini. Design pada laman web ini juga terlalu ringkas. Ia juga menyediakan “used commonly label” iaitu button search. Tetapi ia mempunyai kelemahan di mana button search akan mencari di dalam laman google. Tidak seperti laman web UMS yang membolehkan pengguna memilih samada hendak mencari dalam web google atau laman web itu.

Markah:4.35

UTHM



Agak menarik jugak laman web University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ni. Dalam laman web ini, penggunaan icon digunakan untuk berhubung dan pertanyaan seperti icon telefon metafora kepada perhidmatan perhubungan. Di samping itu, penggunaan dwibahasa membolehkan pengguna berinteraksi dengan laman web ini dengan mudah. Jika pengguna tidak berpuas hati dengan perhidmatan universiti ini, pengguna boleh membuat cadangan melalui laman web rasmi UTHM ini. Banyak informasi terbaru terdapat dalam web ini menyebabkan pengguna tidak ketinggalan mendapatkan informasi terbaru. Syntax dan command yang digunakan juga agak seimbang. Walaubagaimanapun, interface yang digunakan kurang menarik dan mungkin membuatkan pengguna cepat berasa bosan. Design yang digunakannya juga bercelaru dan susunannya agak kelam-kabut seperti penggunaan icon yang terletak di tepi sebelah kanan. Kurang sesuai pada pandangan kita. Penggunaan warna juga kurang menarik kerana menampakkan warna biru yang terserlah pada pandangan yang mengunjungi laman web ini.

Markah:3.25

UTEM



Pada interface laman web Universiti teknikal Malaysia melaka ini, ia kelihatan simple dan tidak terlalu rumit. Ia sesuai digunakan dalam laman web universiti. Dalam interface depan laman web UTEM ini, penggunaan flash digunakan dalam laman ini. Ini membuatkan ia kelihatan menarik kerana pengguna lebih gemar sesuatu yang berlainan dari yang lain. Dalam laman web ini, banyak informasi yang boleh kita dapati mengenai universiti ini. Bagi pengguna yang berminat untuk memasuki universiti ini, mereka boleh melawati laman web ini untuk mendapatkan informasi mengenai universtiti ini. Disamping itu, bagi pengguna yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem universiti ini, disediakan pautan link di mana pengguna boleh mendapatkan maklumat yang terdapat dalam laman ini seperti no.tel, alamat dan fax. Pengguna juga boleh memberikan comments mengenai universtiti ini. Inu mewujudkan suasana friendly dalam laman ini. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan di dalam Interface ini di mana hanya penggunaan bahasa inggeris sahaja yang digunakan dalam laman ini. Ini membuatkan pengguan yang tidak berkemahiran dalam bahasa inggeris akan berasa bosan dengan laman web ini. Ia mungkin akan menjejaskan suasana friendly yang telah diterapkan dalam laman web ini.

Markah:4.10

USM



Menarik juga laman web ini. Itulah yang dapat digambarkan pada laman web University Sains Malaysia(USM) ini. Penggunaan warna yang sesuai dan keseimbangan laman web ini membuatkan pengguna tertarik pada laman ini. Bagi pengguna yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang USM ini, mereka boleh menekan link yang terdapat dalam laman ini. Dalam laman ini juga, pengguna terutamanya pelajar boleh mengetahi informasi terbaru di sini. Penggunaan versi bahasa melayu dan versi bahasa inggeris membolehkan pengguna berinteraksi dengan laman ini dengan mudah. Pautan linknya juga teratur dan tersusun dengan cantik membuatkan pengunjung tidak berasa bosan untuk mengunjungi laman web ini. Namun begitu, saya berpendapat bahawa design pada interface laman web ini tidak begitu banyak dan tidak menarik perhatian.agak terlalu simple. Walau bagaimanapun, saya menekankan bahawa laman web ini sangat bersesuaian untuk dijadikan contoh terbaik dalam membangunkan sesebuah laman web.

Markah:4.7

USIM



Simple tapi menarik. Itulah yang boleh digambarkan pada interface laman web Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini. Laman ini sesuai digunakan dalam sesebuah universiti. Banyak informasi yang terbaru dimasukkan dalam laman ini. Ia sentiasa diupdate mengikut peredaran masa. Baru-baru ini, kita menyambut hari raya. Jadi, laman ini diubah suaikan mengikut keadaan situasi yang berlaku dinegara kita ini. Link yang dihubungkan dalam laman ini begitu banyak. Ini bersesuaian kerana laman ini merupakan laman yang penting dan mempunyai banyak maklumat yang hendak dimasukkan. Bagi pengguna yang berkeinginan untuk memasuki laman web USIM ini, mereka sentiasa diberi tunjuk ajar melalui link yang mudah difahami ini. Disamping itu, jika pengguna yang menerima hebahan mengenai universiti ini, mereka boleh memasukan e-mail dan nama. Kemudian pihak berwajib USIM akan memberikan respon dan maklumat secara berterusan. Penggunaan dwibahasa iaitu version melay dan inglish juga memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan laman ini. Template yang digunakan kelihatan simple namun menarik. Syntax dan command yang digunakannya tersusun menyebabkan pengunjung tertarik untuk mengexplore web ini. Pautan linknya juga mudah untuk kita memahami. Namun, setiap manusia membuat kesilapan. Begitu juga dengan laman web ini. Design pada interface web ini terlalu simple. Tiada penggunaan warna pada interface ini. Namun, laman web ini agak menarik boleh saya katakan.

Markah:4.2

UPSI



Interface pada laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) ini agak tidak menarik kerana terlalu simple dan padat Susun atur gambar dan font tidak tersusun mengikut kesesuaian tempat. Disamping itu, penggunaan banyak warna pada font juga tidak menarik perhatian. Syntax dan command yang digunakan juga tidak menepati dan tidah menarik perhatian pengunjung yang mengunjungi laman web ini. Ia juga mempunyai kelemahan yang terang-terang di mana bahasa yang bercampur-aduk. Walupun begitu, penggunaan icon yang digunakan dalam laman ini mampu menarik minat pengguna untuk meneruskan carian. Kepada pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai laman web UPSI ini, mereka boleh menghubungi talian dan penghubung yang terdapat di bawah laman web ini. Penggunaan flash yang terdapat dalam laman web ini juga mampu menarik minat pengguna untuk terus melawati laman web universiti ini. . Laman web ini juga menyediakan commonly used labels iaitu button search. Pengunjung hanya menaip apa sahajua yang dikehendakinya.
Markah:2.8

UPNM



Dalam laman web University Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini, interface yang digunakan terlalu simple dan kurang menarik. Sistem pautan link yang terdapat dalam laman ini tidak begitu tesusun. Ini akan menyebabkan pengguna mengambil banyak masa untuk mencari capaian yang dikehendaki.Penggunaan bahasa yang dicampur menyebabkan pengguna tidak dapat memahami semua ini kandungan yang terdapat dalam laman ini. Disamping itu, penggunaan gambar yang tidak bersesuaian pada tempat perletakanya menyebabka pengguna cepat berasa bosan dan pengguna hanya mengambil sedikit masa untuk melawati laman ini. Namum begitu, pelbagai maklumat yang disediakan dalam laman ini amat berguna untuk pengguna yang berminat tentang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini

UPM



Informasi yang terdapat dalam interface depan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini tidak banyak dipaparkan. Namun begitu, mereka menggunakan capaian link untuk menghubungkan capaian itu ke informasi, panduaan pengguna, kegunaan pelajar, perhidmatan dan lain-lain. Pengunaan dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan inggeris memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan laman ini. Syntax dan command juga kelihatan teratur dan tersusun. Laman web ini juga mempunyai quick link yang memudahkan pengguna untuk mencari apa-apa yang dikehendaki. Penggunaan warna di dalam web ini juga agak harmoni. Tidak menampakkan keserlahan.Walaupun begitu, keadaan template yang tidak memenuhi ruang menyebabkan laman web UPM ini kelihatan terlalu simple.

Markah:3.9

UNIMAS



Dalam laman web Universiti Malaysia Sarawak, interface yang terdapat dalam laman ini kelihatan simple dan menarik. Dalam laman web ini juga, banyak maklumat yang di dimasukkan menyebabkan, pengguna terutamanya pelajar dapat mengetahui perkara semasa yang berlaku di universiti mereka. Bagi pengguna yang berminat untuk memasuki universiti ini, mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat melalui laman web ini. Disamping itu, laman web ini mempunyai link-link yang memudahkan pengguna untuk mencari maklumat. Seperti di dalam istilah HCI, web ini mempunyai navigation systems nya. Namun begitu, dalam laman web ini juga terdapat kekuranganya seperti penggunaan bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris ahaja. Ini menyebabkan pengguna yang kurang berkemahiran dalam bahasa inggeris berasa bosan dengan laman web ini. Syntax dan command yang digunakannya juga tidak menarik. Design laman web ini juga tidak kelihatan menarik membuatkan pengunjung tidak berapa tertarik untuk mengunjungi web ini. Namun, laman web ini menyediakan link staff services dan contact us di mana pengunjung boleh menghubungi no tel yang tertera di dalam web itu jikalau ada masalah.

Markah:3.8

UMT



Simple tetapi padat. Itulah yang dapat digambarkan pada halaman depan laman web Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini. Penggunaan link dan kedudukan font yang tersusun dan teratur membuatkan pengunjung laman web UMT ini berminat untuk terus memasuki halaman lain. Banyak informasi yang sentiasa diperbaharui dalam laman web ini seperti berita-berita terbaru. Ini memudahkan pengguna terutamanya pelajar UMT untuk mengetahui maklumat terbaru dalam universiti mereka. Dalam laman ini juga, penggunaan dwibahasa digunakan iaitu bahasa english dan melayu. Pengguna boleh memilih bahasa yang dikehendakinya. Apa yang menarik dalam laman ini, terdapat link yang menghubungkan peta laman. Dalam halaman itu, terdapat peta kampus, sejarah ,misi dan visi dan banyak lagi. Design pada interface laman web ini tidak menarik. Boleh dikatakan tiada design untuk mencantikkan interface laman web ini. Seolah-olah tiada kreativiti di dalam web ini. Terlalu SIMPLE. Namun ia penuh dengan maklumat-maklumat terkini.

Markah:3.2

UMS



Ini adalah laman web Universiti Malaysia Sabah(UMS). Agak menarik juga interface pada laman web ini dari segi susunan button linknya. Laman web ini mempunyai dwibahasa iaitu bahasa melayu dan inggeris. Laman web ini penuh dengan link yang memudahkan pengguna untuk memasuki apa yang dia mahukan. Design pada interface laman web UMS ini terlalun simple. Tiada kreativiti pada orang yang mencipta laman web ini. Hanya penuh dengan link yang memudahkan pengguna mencari apa yang dia kehendaki. Terlalu simple interface nya. Syntax dan command nya juga tidak natural. Namun susunan linknya agak menarik dan tersusun. Laman web ini juga menyediakan commonly used labels iaitu button search. Pengguna hanya menaip apa yang dia kehendaki. Pada labeling itu juga mempunyai pilihan samada ingin “search” pada dalam laman web itu atau dalam laman Google. Wow, ini amat memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu memasuki laman google.hanya taip apa yang dikehendaki pada labeling search dan pilih butang google di bawah label “search”.

Markah:3.8

UM



Ini adalah laman web Universiti Malaya yang terletak di Kuala Lumpur. Laman web ini menyediakan dua versi iaitu Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Laman web Universiti Malaya ini kelihatan agak ringkas tetapi penuh dengan kemudahan link-link yang memudahkan pengguna pergi ke link yang pengguna mahukan tanpa perlu pening kepala untuk mengexplorenya. Laman web ini juga menyediakan link search untuk memudahkan pengguna mencari apa sahaja yang dia mahukan. Interface pada laman web ini simple tapi menarik. Ini kerana interface nya tidak berwarna-warni dan tidak memeningkan kepala pengguna yang melayari laman web ini. Interface pada laman web ini juga mempunyai button-button untuk pengguna mencari apa sahaja.kelihatan simple tetapi padat dengan maklumat.

Markah:3.5

Monday, October 20, 2008

UNIMAP

Laman web Universiti Malaysia Perlis ini menarik kerana dalam laman web ini, ia menggunakan 5 jenis bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa arab, bahasa Inggeris, bahasa cina dan bahasa thailand. Ini merupakan satu laman web yang pertama yang pernah saya lihat menggunakan 5 bahasa dalam satu laman web. Ia membuatkan pengguna boleh berinteraksi dengan laman web ini dengan mudah kerana mereka fahami isi kandungan yang terdapat dalam laman ini. Akan tetapi, masih banyak kelemahan yang terdapat dalam laman ini. Antaranya penggunaan font. Dalam laman ini, terdapat beberapa jenis font digunakan. Ia mungkin tidak bersesuaian kerana penggunaan font yang berlebihan akan membuatkan laman web itu tidak cantik dan sekaligus membuatkan pengunjung tidak tertarik untuk mengunjungi laman web ini. Disamping itu, penggunaan interface yang digunakan dalam laman web ini kelihatan kurang menarik. Susun atur yang terdapat dalam laman web ini kelihatan tidak tersusun. Ini akan menimbulkan kebosanan kepada pengguna. Syntax dan command yang digunakan juga tidak bersesuaian. Bagi pengguna yang berminat untuk mengetahui secara terperinci akan universiti ini, mereka boleh menghubungi beberapa talian yang dipaparkan di bawah halaman depan laman web universiti ini.http://www.unimap.edu.my